‘The Voice Interfaculty V3.0’ Secara Atas Talian – UiTM Cawangan Sarawak

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sarawak Sesi 2020/2021 dan Kementerian Belia Dan Sukan telah menganjurkan ‘Grand Finale The Voice Interfaculty V3.0 Virtual Edition 2021’  telah berlangsung baru- baru ini di saluran Live FB rasmi UiTM Cawangan Sarawak. Penganjuran pada tahun 2021 ini adalah kali ke-3 tetapi julung kali diadakan secara dalam talian disebabkan pandemic Covid-19 yang telah melanda negara pada awal tahun 2020 yang lalu. Program ini telah ditaja penuh oleh Kementerian Belia & Sukan Sarawak melalui Sarawak Youth Creative Industry Fund (SYCIF).

Tujuan program ini adalah mencari wakil universiti untuk bersaing dalam festival nyanyian pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa, persediaan untuk program yang lebih besar seperti penganjuran peringkat borneo dan sebagainya selain mencungkil lebih ramai bakat nyanyian di kalangan mahasiswa. Penganjuran kali ini mengunaakan geran yang diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM18,495.00.

The Voice Interfaculty 3.0 kali ini telah menerima 55 penyertaan pelajar daripada semua fakulti UiTM Cawangan Sarawak di peringkat uji bakat dan telah di senarai pendek kepada peserta Top 25 untuk mara ke sesi saringan. Sesi Saringan 1- 4 telah diadakan sejak Mei yang lalu dan bagi setiap sesi peserta akan dijemput untuk menghadiri taklimat bersama urusetia dan juri tetap akan memberi komen dan kritikan membina bagi penambahbaikan kualiti nyanyian dan persembahan video peserta. Pada peringkat Finale The Voice V3.0 seramai 6 peserta terbaik akan berjuang untuk merebut tempat johan. Penambahan peserta ke enam adalah atas undian wild card juri berdasarkan konsistensi dan kebolehan nyanyian peserta.

Senarai juri tetap dan juri jemputan Finale The Voice Interfaculty V3.0 Virtual Edition adalah seperti berikut :
1. En Saidful Hamdan ( Juri Tetap)
2. Puan Dayang Siti Aishah Binti Awang Matali ( Juri Tetap)
3. Puan Siti Mardianah Binti Maarod (Juri Jemputan )

Terdapat dua kategori nyanyian yang dipertandingkan iaitu Jazz dan Irama Malaysia dan beberapa kategori hadiah juga dipertandingkan iaitu Vokal Terbaik, Video Terbaik melalui pilihan juri dan Persembahan Terbaik melalui undian pelajar dan org awam. Berikut merupakan senarai pemenang Grand Finale The Voice Grand Finale The Voice Interfaculty V3.0 Virtual Edition UiTM Cawangan Sarawak ;

Juara
Muhammad Fariz Mohamad bin Nurhishamsyur Bong (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan) dan telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1,500.00.

Tempat Kedua 
Siti Nurul Fatihah binti Juhimin – Fakulti Perakaunan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,200.00

Tempat Ketiga
Nur Natasha Eliza binti Roslan – Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.00

Tempat Keempat 
Lyeandrey Jouraine Leo – Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM750.00

Tempat Kelima 
Irfan Fathi Bin Zul Faqar – Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500.00

Tempat Keenam 
Harith bin Habib – Fakulti Perakaunan
dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 400.00

Vokal Terbaik
Muhammad Fariz Mohamad bin Nurhishamsyur Bong (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan) dan telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 200.00.

Video Terbaik 
Nur Natasha Eliza binti Roslan – Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 200.00

Persembahan Terbaik 
Lyeandrey Jouraine Leo – Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 100.00