Team Building SMF 2020

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor:  Pada 15 Mac 2020 yang lalu, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah berjaya melaksanakan program Team Buliding SMF 2020. Program ini merupakan program wajib bagi persatuan Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Kesihatan untuk merapatkan hubungan antara sesama ahli bagi kelancaran dalam melaksanakan tugas. Selain itu juga, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan ahli mengenai konsep dan kepentingan budaya kerja cemerlang.

Seramai 40 orang ahli Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Kesihatan telah mengikuti program yang berlangsung selama sehari ini, iaitu  bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.  Antara pengisian aktiviti Team Building SMF 2020 adalah  aktiviti Tiru Gayaku,  Old School dan How to be a Leader.  Program Team Building diakhiri dengan aktiviti air, water confident dan kayak pada sesi petang.

Melalui program Team Building SMF 2020 ini, ahli-ahli Sekretariat Mahasiswa Fakulti FSK telah banyak memperoleh ilmu baharu dan berguna untuk dipraktikkan bagi meningkatkan tahap kepercayaan, saling hormat- menghormati sesama ahli dan seterusnya dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan ahli mengenai konsep dan kepentingan budaya kerja cemerlang di dalam diri masing-masing.