COVID-19: Sumbangan UiTM Cawangan Pulau Pinang Dalam Memerangi COVID-19

31 Mac 2020 – UiTM Cawangan Pulau Pinang turut sama tampil, menyahut seruan kerajaan dan pengurusan tertinggi UiTM untuk menghulurkan bantuan kepada barisan hadapan negara dan organisasi lain. Peralatan dan kepakaran yang ada di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) di kampus cawangan ini dimanfaatkan bersama dalam memerangi ancaman wabak COVID-19.

Hari ini, sesi penyerahan “face sheild” yang dihasilkan oleh sekumpulan staf FKM/FSK UiTMCPP telah dapat disempurnakan dan diserahkan kepada pihak Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, Hospital Bukit Mertajam, Klinik Kesihatan Tasek Gelugor dll. diketuai oleh YBrs Prof Madya Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali, Timbalan Rektor (HEA), turut sama En Muhammad Amin wakil FSK.

Manakala, bantuan “Hand Sanitizer” FKK kepada pihak luar termasuk kampus cawangan lain telah disaksikan oleh TREK HEA, TPK, KPB dan KUKK dan wakil pelajar FKK UiTMCPP.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat. Terutamanya Dr Abdul Rahman Hemdi, Dr Yusli Yaakob, Puan Zulijjah, En Amin, En Mohammad Amin, En Mohd Noor, En Mohammad Syazwan, pelajar dan semua yang terlibat.