Task Force Khas Dibentuk Bagi Meneliti Semula Penstrukturan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik Dan Media Universiti Teknologi Mara

SHAH ALAM, 6 JANUARI 2023 – Rentetan dari perbincangan antara Naib Canselor UiTM, Pengurusan Tertinggi, wakil Majlis Profesor UiTM, Penolong Naib Canselor, dan Dekan – Dekan dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media UiTM, dengan wakil Alumni Masscomm UiTM yang diadakan pada 5 Januari 2023 di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM, pihak UiTM mempertimbangkan perkara berikut:

I) menukar nama Kolej kepada Kolej Pengajian Media, Komunikasi, Pengkomputeran dan Informatik;
II) melaksanakan penstrukturan semula dua buah fakulti sahaja iaitu, Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Pengurusan Maklumat manakala, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dikekalkan seperti sebelumnya.

Satu Task Force khas dibentuk bagi melibatkan semua pemegang taruh UiTM termasuk alumni, pelajar, ibu bapa, NGO, industri, warga universiti, dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Proses engagement ini dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan. Sehingga satu ketetapan dibuat, pengoperasian dan pengendalian Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media berjalan seperti biasa.