Satu sesi taklimat Program Pra Pengajian Tinggi (PPT) antara Pengarah PPT (PM. Ts. Dr Aini Bt Jaapar) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah diadakan dengan jayanya pada 25 Januari 2021,10 pagi melalui Google Meet. Taklimat ini disertai oleh semua pegawai JKOA di setiap negeri di seluruh semenanjung Malaysia. PPT-Orang Asli diwujudkan untuk memberi ruang dan peluang kepada anak-anak Orang Asli terutamanya di bandar dan luar bandar yang tidak berkemampuan untuk menimba ilmu di peringkat tertinggi disebabkan oleh faktor kewangan, keputusan SPM yang kurang cemerlang dan merit kemasukan ke IPTA yang tinggi.
Taklimat ini memberi panduan secara umum tentang syarat kemasukan ke Program PPT-Orang Asli ke peringkat Pra-Diploma, bantuan yang diberikan serta arah tuju selepas Pra-Diploma untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Taklimat ini telah mendapat input yang positif daripada kedua-dua belah pihak demi kesinambungan pendidikan di peringkat pengajian tinggi khususnya di UiTM untuk anak-anak Orang Asli menguasai ilmu dan pengetahuan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.