Sesi perbincangan Program Pra Pengajian Tinggi (PPT) atlet UiTM Shah Alam

Satu sesi perbincangan promosi Program Pra Pengajian Tinggi (PPT) atlet UiTM Shah Alam antara Pengarah PPT (PM. Ts. Dr Aini Bt Jaapar), Koordinator Pra Diploma PPT laluan Atlet (Dr. Nursaadatun Nisak Ahmad) dan Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, telah diadakan dengan jayanya pada 22 Januari 2021,10 pagi melalui Google Meet. Majlis Sukan Negara diwakili oleh En. Joherman Amir (Ketua Sekretariat MACE), En. Mohd Safwan Mohd Radzi (Ketua Cawangan Pendidikan) dan Puan Shakira Yahaya (Pegawai Belia & Sukan).

Perbincangan ini telah mendapat input yang positif dari kedua-dua belah pihak demi kesinambungan pendidikan di peringkat pengajian tinggi khususnya di UiTM utk atlet-atlet sukan. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.