Taklimat Keselamatan, Undang-Undang dan Peraturan kepada Pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Cawangan Pahang

JENGKA, 13 MEI 2022 – Satu sesi taklimat keselamatan, undang-undang dan peraturan kepada pelajar Diploma Pengurusan Ladang dan Pra-Diploma Agroteknologi Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Pahang telah di adakan baru-baru ini.

Taklimat di adakan dengan kerjasama dari FPA dan Unit Polis Bantuan (UPB) Kampus Jengka. Taklimat di sampaikan oleh dua orang anggota UPB bertempat di Tapak Fertigasi MyAgrosis pada waktu 8.00 pagi. Seramai 160 orang pelajar dan 7 pensyarah FPA hadir untuk sesi taklimat ini.

Antara intipati taklimat ini adalah mengenai peraturan-peraturan sahsiah diri pelajar, undang-undang dan keselamatan jalan raya semasa berada di dalam kampus dan ladang UiTM, serta penerangan mengenai tindakan-tindakan yang boleh di ambil ke atas pelajar sekiranya pelajar melanggar peraturan dan undang-undang yang telah di tetapkan oleh pihak UiTM.