TAKLIMAT DAN BENGKEL PELAKSANAAN MYPORTFOLIO HRMIS UiTM CAWANGAN SABAH

KOTA KINABALU, 16 Jun 2023 – Taklimat dan Bengkel Pelaksanaan Myportfolio HRMIS UiTM Cawangan Sabah telah disertai oleh moderator setiap PTJ (bagi Staf Pentadbiran) dan moderator Staf Akademik (Ketua Pusat Pengajian (KPP) bertempat di Bengkel Komputer, Bangunan Ujana Sarjana UiTM Cawangan Sabah.

Taklimat terperinci berkenaan Deskripsi Tugas (JD) dan Myportfolio dimulakan dengan Taklimat Pengenalan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Puan Aminah Aman dan diikuti dengan sesi bengkel oleh Pensyarah Kanan, Puan Marianne Estabella Fung bagi Staf Akademik dan Penolong Pendaftar, Puan Nurul Huda Roslan, bagi Staf Pentadbiran. Melalui bengkel ini, staf di beri pendedahan secara amali, langkah demi langkah cara-cara pengemaskinian JD dan Myportfolio di dalam Sistem HRMIS. Seperti anai-anai makan kayu, para peserta bengkel begitu tekun mempelajari langkah pengemaskinian Myportfolio dan akhirnya selesai mengemaskini serta menyebarluaskan kepada staf di PTJ masing-masing bagi pelaksanaan pengemaskinian JD dan Myportfolio.

Myportfolio merupakan satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.