KOTA BHARU, 08 Disember – Pada 29 Ogos 2022, UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah dikunjungi oleh empat (4) orang panel juri dari Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan bagi pertandingan kebersihan dan keceriaan peringkat Negeri Kelantan. Pertandingan ini dianjurkan sempena Kempen Kelantanku Bersih 2022 kategori pusat pengajian tinggi seluruh Negeri Kelantan. Kempen ini digerakkan untuk rakyat Kelantan bagi mencapai impian menjadikan Kelantan sebuah negeri contoh dari sudut kebersihan dengan tema “Clean & Green”.
Buat pertama kalinya UiTMCK Kampus Machang menyertai pertandingan ini sebagai tanda sokongan dan hubungan kerjasama agar objektif serta matlamat penganjuran dapat dicapai. Kelancaran dan persediaan rapi oleh pihak kampus telah digerakkan oleh satu jawatankuasa khas yang dikoordinasikan oleh Unit Kampus Hijau dan dinaungi oleh YBhg. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK. Segala perancangan dan penyelarasan gerak kerja telah dimulakan sejak awal bulan Ogos 2022 lagi.
Tahniah!!! Kepada semua warga Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, atas kejayaan Johan bagi Kategori Institusi Pengajian Tinggi Terbersih Sempena Pertandingan Kelantanku Bersih 2022.