Tahniah UiTM: Anugerah Bandar Rendah Karbon 2020

6 April 2021 – UiTM telah merangkul Diamond Recognition untuk 6 anugerah berprestij di peringkat kebangsaan dalam Cabaran Rendah Karbon 2030 (LCC2030) di Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2020 di Marriot Hotel, Putrajaya. Anugerah telah disampaikan oleh YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar & Air (KASA). Anugerah yang diterima menunjukkan komitmen UiTM dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dan seterusnya mendokong serta merealisasikan agenda kelestarian di UiTM.

i) Diamond Recognition Zone Section 1, UiTM mendapat (25% Pengurangan Karbon)
ii) Diamond Recognition Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam (10% Pengurangan)
iii) Diamond Recognition Bangunan Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM Shah Alam (25% Pengurangan)
iv) Diamond Recognition Bangunan Kompleks Kejuruteraan, UiTM Shah Alam (25% Pengurangan Karbon)
v) Diamond Recognition Bangunan Pusat Kesihatan, UiTM Shah Alam (5% Pengurangan)
vi) Diamond Recognition Bangunan Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam (10% Pengurangan)

Tahniah sekali lagi kepada UiTM LCC Expert Task Force, UiTM Green Centre (UGC) yang sangat komited meletakkan UiTM di peringkat kebangsaan melestarikan kampus melalui Cabaran Rendah Karbon 2030 (LCC2030). Usaha UiTM dalam melestarikan kampus bukanlah sesuatu yang baru. Bermula pada tahun 2019, penyertaan pertama UiTM telah menunjukkan komitmen dalam Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai rakan strategik untuk merealisasikan pengurangan pelepasan karbon di kampus. Diharapkan anugerah ini dapat menjadi lonjakan aspirasi kepada warga UiTM untuk menghayati dan mengamalkan gaya hidup lestari.