Kursus Pengurusan Organisasi Persatuan Pelajar Fisioterapi 2021

8 April 2021 –  Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS) , UiTM  Cawangan  Selangor Kampus    Puncak   Alam    telah  mengadakan   program  kursus  pengurusan  organisasi (KPO)  yang  saban  tahun  diadakan, di  mana  program  ini  merupakan program wajib bagi Persatuan Pelajar Fisioterapi untuk memberi pendedahan tentang pengurusan yang betul dan strategik dalam struktur organisasi sesebuah persatuan. Program  ini  juga bertujuan untuk  meningkatkan  budaya  kerja  dalam  kalangan  ahli  jawatankuasa Phytas melalui pemantapan sahsiah  diri  dan  mewujudkan  sifat  toleransi  antara  ahli  persatuan  dalam  menjalani  tugas  yang diberikan selain dapat mewujudkan satu organisasi yang sistematik. Seramai  28  ahli jawatankuasa Phytas yang terdiri daripada 8 orang majlis tertinggi dan 22 orang exco telah menghadiri program ini. Program  ini  telah  diketuai  oleh saudari Siti Nursyafiqah Binti Mohd Shuhaimi sebagai Pengarah program.

Pengisisan Program Kursus Pengurusan terdiri daripada beberapa slot. Slot pertama adalah sesi pembentangan mengenai pelaksanaan dan penghantaran kertas kerja oleh Presiden Phytas saudara Muhammad Faiz bin Shafiee dan Timbalan Presiden iaitu saudari Nurul Jannah Binti Muryadi, Slot kedua diteruskan dengan pembentangan tatacara penyediaan surat, e-cert dan laporan selepas program oleh Setiausaha Agung saudari Nur Imanina Batrisyia Bt Azhar dan Timbalan Setiausaha saudari Nur Husnina Zakirah Bt Hassan. Slot  ketiga  diteruskan  dengan pembentangan template borang bendahari oleh Bendahari Kehormat saudari Yasmin Bt Awaluddin dan Timbalan Bendahari saudari Hannani Husna Binti Mohd   Tajaharull. Slot  terakhir pula merupakan pembentangan mengenai tugas-tugas setiap biro dalam sesebuah program oleh Juruaudit iaitu saudara Ian Latius.

Program  diakhiri  dengan  ucapan  sepatah  dua  kata  oleh  Majlis  Perwakilan  pelajar  saudara  Nuruddin Hamzah Bin Hamzani  diikuti  dengan  sesi fotografi. Melalui program ini, dapat disimpulkan bahawa semua majlis tertinggi dan exco-exco Phytas dapat mempelajari dengan lebih  teliti  tentang  cara  pengurusan  sesebuah  organisasi  dan  cara  menguruskan sesebuah program. Segala  maklumat  yang  dikongsi  dan  disampaikan  ini  dapat  digunakan  oleh  setiap  peserta  untuk  menguruskan  program  secara   sistematik   dan  lebih  teratur  disamping mewujudkan sebuah struktur organisasi yang utuh.