SHAH ALAM, 7 OKTOBER 2023 – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM, dengan kerjasama Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) UiTM, telah menganjurkan Syarahan Profesor oleh Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Timbalan (Penyelidikan & Inovasi) UiTM. Syarahan yang bertajuk Chemical Process Innovation: Paving the Path to Commercialisation (Inovasi Proses Kimia: Membuka Jalan ke Arah Pengkomersialan), telah berlangsung pada 5 Januari 2024 (Jumaat), di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM Shah Alam, pada jam 2:30 petang.
Acara ini akan diserikan dengan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah Universiti. YBhg. Datuk Omar Shariff Mydeen dan Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk. Dr Shahrin Sahib, FASc. Dalam acara ini, YBhg. Prof. Dr. Hamidah Binti Mohd Saman, Penolong Naib Canselor (PNC), Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK), telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan memperkenalkan Profesor Norazah kepada tetamu jemputan. Syarahan ini menjadi satu acara bersejarah di mana Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman telah berkongsi kepakaran dan pandangannya dalam bidang kejuruteraan kimia, dan bagaimana ia memacu penyelidikan dan inovasi di UiTM. Turut hadir barisan pengurusan kanan universiti, bekas pelajar pascasisawazah di bawah seliaan Profesor Ts. Dr Norazah, Warga Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK), ahli keluarga, warga UiTM dan warga Pejabat TNCPI, pihak industri- antaranya wakil cradle, Pfizer, dan beberapa lagi.
Syarahan Profesor ini memberi makna yang penting kerana ia tidak hanya mengiktiraf pencapaian akademik Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, tetapi juga memberikan peluang kepada komuniti akademik, profesional dari industri dan orang awam untuk mendapatkan pandangan berharga tentang penyelidikan baharu dan impaknya ke atas pengkomersialan. Majlis bersejarah ini turut dipancarkan secara langsung melalui saluran Youtube Rasmi Pejabat TNCPI UiTM.