Majlis ‘Deanner’s: A Prom to Count On’ Raikan Penerima Anugerah Dekan dan Bakal Graduan Diploma Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang

PAHANG, 10 Disember 2023 – Telah berlangsung majlis makan malam yang bertemakan Deanner’s: A Prom to Count On bagi meraikan pelajar-pelajar diploma perakaunan yang menerima anugerah dekan bagi semester Mac – Ogos 2023. Pada masa yang sama, majlis makan malam yang dijayakan oleh Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan (PERSIDA) ini turut bertujuan untuk meraikan bakal graduan diploma perakaunan.

Bertempat di Dewan Indera Segara UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka, majlis makan malam tersebut berlangsung selama 3 jam bermula jam 7.45 malam sehingga 10.45 malam.  Seramai 445 pelajar Diploma Perakaunan yang terdiri daripada pelajar di bahagian 1,3 dan 5 telah menyertai majlis tersebut. Turut hadir sama dalam majlis pada malam penuh gilang gemilang itu adalah para pensyarah dari Fakutli Perakaunan bersama keluarga.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan oleh pengarah program iaitu saudara Muhammad Danish Iqbal Hedar diikuti ucapan oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Azmi Nias Ahmad yang seterusnya merasmikan majlis  tersebut. Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam yang telah diuruskan oleh Jawantankuasa PERSIDA. Sementara menikmati hidangan, hadirin disajikan dengan persembahan yang diadakan oleh Kelab Estetika Budaya dan pelajar Fakulti Perakaunan. Tidak lupa juga persembahan oleh wakil pensyarah iaitu Encik Azizi Hashim. Kemudiannya, majlis diteruskan dengan tayangan multimedia bagi memberi penghargaan kepada para pelajar yang menerima anugerah dekan. Sebagai penutup majlis, penyampaian anugerah King & Queen of the Night telah diberikan kepada pelajar yang terpilih berdasarkan pakaian yang diperagakan mengikut tema.

Jawatankuasa PERSIDA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pusat Pengajian, Prof. Madya Dr. Mohd Azmi Nias Ahmad, pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar yang sudi meluangkan masa untuk sama- sama menghadiri majlis ini.