Kejohanan Memanah KO HSL227

BANDAR PUSAT JENGKA, 7 January 2024 – Kejohanan KO memanah telah diadakan bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus KO HSL227 Memanah di UiTM Cawangan Pahang. Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Memanah UiTM Cawangan Pahang (KMUP) dengan kerjasama Jawatankuasa Kejohanan HSL227 ini telah mendapat penyertaan seramai 19 orang pemanah.

Berbekalkan matlamat dan visi untuk memburu kejuaraan tahunan berprestij memanah ini, Saudara Adib telah muncul juara Kategori Lelaki dengan markah terkumpul 116 dengan diikuti oleh saudara Ahmad Rashidi 93 dan Fikri Aiman 86. Kategori wanita pula diungguli oleh Saudari Alisa Nadia dengan jumlah markah terkumpul 111. Pingat perak dan gangsa pula dimenangi oleh Nurin Nafisah dan Nur Adibah dengan masing-masing mengutip mata 101 dan 98.

Menurut Jurulatih KO, Encik Mukhriz Mohamed, kejohanan ini diadakan untuk memberi pendedahan mengenai format pertandingan di samping memberi peluang kepada para pelajar yang belum mewakili UiTM merasai suasana pertandingan yang sebenar. Jurulatih KMUP, Encik Muhammad Aman Mohammad Zahir pula meluahkan rasa bersyukur diatas kelancaran kejohanan, memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang minggu ini.

Penganjuran kejohanan memanah seumpama ini, adalah sebahagian daripada program pembangunan sukan memanah yang sekali gus telah mencapai sasaran dalam memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur dan menyediakan pendidikan berkualiti kepada komuniti. Ianya selaras dengan SDG3 dan SDG4 di mana pelajar-pelajar UiTM Cawangan pahang dapat mengukuhkan misi jangka panjang dan sederhana, agar dapat berperanan lebih proaktif dalam membudayakan nilai teras SDG tanpa membataskan peranannya hanya sebagai pusat penyebaran ilmu.