Suntikan Semangat Menulis : Hasil Keberkesanan Bengkel Penulisan Yang Santai

Bengkel penulisan yang telah dijalankan pada 7 Julai 2023 lalu, telah menyuntik semangat peserta-peserta untuk memberi khidmat melalui sumbangan penulisan. Keberkesanan ‘Bengkel Panduan Menulis Artikel Dalam Akhbar: Tip Ringkas dan Berkesan Siri 2.0 ‘ yang telah diadakan secara webinar Jumaat lepas telah memberi satu suntikan baru dan impak yang positif apabila input yang diberikan oleh Sr Dr Irwan Mohammad Ali iaitu Koordinator Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, UiTM Cawangan Perak pada bengkel tersebut membuahkan hasil apabila peserta bengkel telah mula menghantar hasil penulisan mereka ke platform yang ada termasuk Uitm News Hub.

Rata-rata peserta bengkel melahirkan rasa syukur kerana dapat mengaplikasikan ilmu yang telah diberi sepanjang bengkel berjalan selama dua jam memberi manfaat sebaiknya. Kesan positif ini juga dapat membantu peserta yang terdiri daripada kalangan pensyarah untuk memenuhi Amanah Tugasan Pensyarah (ATP) tahunan.

Rentetan bengkel penulisan yang mendapat sambutan daripada peserta-peserta dijangka akan meneruskan siri seterusnya pada bulan September 2023 secara bersemuka pula. Pendaftaran tersebut masih dibuka untuk mereka yang belum mendaftar. Kejayaan daripada bengkel penulisan Siri 1 itu dijangka akan membuka peluang untuk lebih ramai mendapat faedah daripada perkongsian bengkel kedua pula.