Perak International Convention On Creative Industry (PICCI) Antara Tarikan Tahun Melawat Perak 2024

Seri Iskandar – Pada 8 dan 7 Julai 2023 yang lalu, Program Perak International Convention On Creative Industry (PICCI) yang telah diadakan di Dewan Seri Iskandar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak berjaya menghimpunkan pemain-pemain industri dan akademik dalam bidang kreatif dibawah penganjuran UiTM Cawangan Perak dengan inisiatif University-Industry Center (UiC) UiTM Cawangan Perak. Objektif program ini untuk mengumpul
pejuang – pejuang industri kreatif tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai sub bidang, di antaranya bidang animasi, multimedia, ilustrasi, fesyen, dan kraf selama dua hari telah menjadi salah satu tarikan Tahun Melawat Perak 2024, umum YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Program yang mampu menarik pengunjung seramai 3,000 orang terdiri dari pelajar IPTA dan Orang awam yang berlangsung selama 2 hari ini berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu program tahunan berikutan ia mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Malahan, program-program seperti ini mampu menjana pendapatan komuniti setempat yang berada di kawasan luar bandar dalam masa yang sama memperkenalkan tempat-tempat pelancongan negeri perak yang lain.

Sementara itu, YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah berkata selaras dengan hasrat kerjaan untuk meletakkan sasaran yang signifikan untuk menjadikan Industri kreatif negara kita sebagai sebahagian penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara, kerajaan Negeri sangat komited untuk meraikan dan mengiktiraf industri kreatif yang berupaya sebagai penyumbang kepada pembangunan negeri dan berusaha untuk mengkomersialkan Negeri Perak sebagai sebuah negeri yang kreatif dan inovatif. Negeri Perak juga menyasarkan kemasukan lebih lapan juta pelancong domestik ke negeri ini sempena Tahun Melawat Negeri Perak 2024, justeru Perak International Convention On Creative Industry (PICCI) diharapkan ia bukan sahaja menjadi acara tahunan pelancongan Negeri Perak malah merangsang pendapatan melalui pelancongan dan menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan ekologi alam sekitar sejajar dengan konsep pelancongan Negeri Perak 2024.

Diantara pihak industri yang terlibat menjayakan program PICCI2023 terdiri dari para peserta vendor dari Malaysia iaitu; Lakar Handmade By Eliza, MGDA_Kenny Loh Couture, Akunapie Studio, Gayur, Visolab, Bitcom Dr Azri’s Perfume, Bitcom Athanliz Innovations, Bitcom Serambi Estetika, MGDA Mento Printhouse, UMK FTKW, YEA! Cucuk Tanam, YEA! Lokarisma, Balai Seni Lukis Negara, MRM, Sifodot.com, Fatch Craft, Debut Barber & Shop, AlIkhsan, Quest, Animas, Abdul Rashade, Rantai Art, Kamoboko, Drawdelow, UMK Bucrania Studio, Jeleboard, Kolek UMK ID ELEONORE, Rawtype Riot, Yumnasa, Peak. KL, Hamba Games dan juga para vendor antarabangsa, diantaranya ialah Indonesia Design Center, Indonesia, Bulan Gallery, ,Indonesia, Galeri Ruang Dini,,Indonesia, Pensil Desain,,Indonesia, Humanika Art Space, ,Indonesia, Gloya, Indonesia dan Hamba Games, Bangladesh

Program ini juga turut dijayakan dengan rakan kerjasama dari Univeristi Malaysia Kelantan Majlis Rekabentuk Malaysia, Balai Seni Visual Negara, Majlis Daerah Perak Tengah, Bitcom UiTM dan PORT Perak.

Dengan kejayaan program PICCI2023 , Program PICCI2024 yang bakal berlansung pada tahun hadapan diharapkan mampu menarik lebih ramai pengunjung dengan kerjasama dari pelbagai pihak yang berminat untuk menyertai serta Bersama-sama menjayakan program PICCI2024 disamping terus menyokong Dasar Industri Kreatif Negara dalam menjadi menjadi pemangkin industri kreatif yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan di peringkat domestik dan anatarabangsa serta mampu mencipta masa depan yang lebi cerah dan sejahtera bagi Negeri Perak dan seluruh rakyatnya.

Galeri Gambar: