Sumbangan staf UiTM Cawangan Perak kepada yang memerlukan

Pada 18 Februari 2021 Unit Sedekah & Wakaf, Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Perak telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang ditimpa musibah rumah terbakar di Kg. Selboh, Parit.
Pada 19 Februari 2021 sumbangan turut disampaikan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana (SKIP) bagi menaiktaraf surau sekolah. Hadir sama pada sesi ini adalah Sr Dr Mohd Azian Zaidi, Timb. Rektor Hal Ehwal Pelajar.
Sumbangan ini diperolehi melalui potongan gaji – Tabung Sedekah UiTM, Staf UiTM Cawangan Perak dan telah disampaikan kepada mereka yang memerlukan.Terima kasih kepada semua penyumbang.