KOTA KINABALU, 11 Januari 2024 – Bermula tahun 2024, ke arah inisiatif tanpa kertas, kampus hijau dan pengurusan sumber manusia hijau, UiTM Cawangan Sabah telah mula melaksanakan sepenuhnya pengurusan mesyuarat dan penulisan minit mesyuarat secara dalam talian melalui sistem e-mesyuarat. Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan SIRI ‘KASI UP BAH SKILL MU!” – Taklimat e- Mesyuarat yang disampaikan oleh Puan Nurul Huda Roslan, Penolong Pendaftar di Makmal Komputer, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sabah.
Surat Al Mujadalah ayat 11, Al Quran:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِذَا قِيْلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوْا فِى الْمَجٰلِسِ فَافْسَحُوْا يَفْسَحِ اللّٰهُ لَكُمْۚ وَاِذَا قِيْلَ انْشُزُوْا فَانْشُزُوْا يَرْفَعِ اللّٰهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مِنْكُمْۙ وَالَّذِيْنَ اُوْتُوا الْعِلْمَ دَرَجٰتٍۗ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ خَبِيْرٌ
Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, “Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis,” maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu,” maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.
Latihan dan perkongsian SIRI ‘KASI UP BAH SKILL MU!” menfokuskan kepada kompentensi teras, generik, kepimpinan dan fungsional mengikut keperluan semasa staf UiTM Cawangan Sabah dan peningkatan kompentensi staf. Pada siri latihan kali ini, bagai berjalan sampai ke batas, berlayar sampai ke pulau, walaupun sistem e-mesyuarat merupakan sistem baharu yang diguna pakai di UiTM Cawangan Sabah, 30 staf yang menyertai latihan ini berusaha secara sungguh-sungguh untuk memahami dan menguasai ilmu penggunaan sistem e-mesyuarat ini.
Perkongsian sistem e-mesyuarat dimulakan dengan pengenalan sistem, cara penggunaan sistem menerusi tadbir mesyuarat dan urus mesyuarat. Melalui sistem yang telah dibangunkan oleh Pejabat Pendaftar UiTM ini, pengguna dapat menguruskan mesyuarat dengan lebih efisen dimana sistem mudah dicapai menggunakan email UiTM, mudah digunakan dan menjimatkan kos masa, penggunaan kertas dan tenaga sumber manusia. Pembuatan keputusan yang pantas dan rujukan petikan minit juga mudah untuk dirujuk oleh pegawai yang berkenaan.
Melalui siri latihan ini, ia bukan sahaja menjimatkan kos latihan (menggunakan kepakaran dalaman dan ruang di dalam kampus), malah memberi peluang kepada staf untuk mengembangkan potensi diri, berkongsi kepakaran dan meningkatkan kompentensi serta menambah ilmu dan pengalaman berkaitan proses kerja yang efisen dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.