Bengkel CHM271 Bersama Mentor 5.0 Siri 2. Memperkasakan Ilmu Fizikal Kimia Menggunakan Pendekatan Teknik Mentor-Mentee

Pada 13 Januari 2024, telah berlangsungnya Bengkel CHM271 Bersama Mentor 5.0 Siri 2 yang mana telah diadakan di Dewan Auditorium Fasa 1 UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada Bengkel “CHM271 WITH MENTORS 5.0” yang telah diadakan pada awal semester (4 November 2023). Bengkel ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mengambil subjek CHM271 untuk semester Oktober 2023 – Februari 2024.

Program ini melibatkan penyertaan hampir 45 orang pelajar, 6 orang mentor dan 4 orang pensyarah. Bengkel ini dirasmian oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sain Gunaan UiTM Tapah, Dr Fathiah Abdullah. Bengkel ini diadakan bagi membantu pelajar-pelajar dalam mengusai Teknik menjawab soalan berkaitan CHM271 dan juga memberi kefahaman yang lebih mendalam berkaitan topik 4, 5, 6 dan 7 dalam subjek ini.

Penglibatan mentor adalah bagi memudahkan lagi pemahaman pelajar dalam menguasai subjek CHM271 disebabkan komunikasi antara pelajar-pelajar adalah antara faktor terbaik dalam perbincangan dan pemahaman sesuatu perkara. Pelajar-pelajar juga menjawab soalan-soalan yang disediakan dan membincangkan sesuatu permasalah secara terbuka. Diharapkan agar bengkel ini dapat memperkukuhkan pemahaman pelajar dalam mengusai subjek CHM271 dan memberikan impak yang tinggi dalam keputusan peperiksaan yang akan diambil nanti.