Sesi Webinar 3rd Virtual Town Hall “Building Sustainable Assessment Through Transformative Learning”

Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) telah mengadakan sesi webinar 3rd Virtual Town Hall dengan tema “Building Sustainable Assessment Through Transformative Learning” pada 24 dan 25 Mac 2022.

Townhall BPPA kali ini memberi penekanan berkaitan pembangunan pentaksiran dan penilaian akademik yang mampat dan berdaya saing sejajar dengan peralihan dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran. Ucapan pembukaan 3rd townhall ini telah dilaksanakan oleh YBhg. Profesor Datin Dr Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan seterusnya Taklimat Pengoperasian Penilaian Akademik Sesi Mac – Ogos 2022 disampaikan oleh Pengarah BPPA.

Sesi town hall yang telah dihadiri oleh 3,700 peserta berdaftar dari kalangan pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar telah mendapat 17,000 jumlah tontotan di BPPA Youtube channel. Perkongsian ilmu serta pengalaman dari Dekan Fakulti, Profesor, Profesor Madya dan pensyarah UiTM melalui amalan baik, strategi dan kaedah dalam memperkasakan pentaksiran dan penilaian akademik telah disampaikan melalui lima siri webinar berikut:

1) Internship with the New Norm: Is GOT Still Possible?
2) Measuring the Right Skills : Assessment and Employability
3) uFuture for Effective Assessments and Way Forward
4) Technology Enhanced Assessment
5) The Quality of Assessments: Why It Matters?

Pihak BPPA mengucapkan terima kasih di atas kesudian warga UiTM dalam menyertai 3rd Virtual Town Hall kali ini. Rakaman bagi kesemua sesi webinar yang telah berlangsung boleh diperolehi di pautan https://www.youtube.com/c/AcademicAssessmentEvaluationDivision. Semoga perkongsian dan sesi webinar ini dapat memberi manfaat kepada semua warga.