Perasmian Dapur HEP UiTM Cawangan Sabah oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Dapur HEP telah diadakan dengan jayanya pada 25 Mac 2022 bertempat di Kolej Manukan, UiTM Cawangan Sabah dan telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM bersama dengan Ahli JKEN UiTM Cawangan Sabah semasa Lawatan Kerja YBhg. Naib Canselor ke UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu & Kampus Tawau pada 23 – 25 Mac 2022 yang lalu.

Dapur HEP adalah salah satu inisiatif daripada pihak BHEP untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan golongan B40. Sumbangan beras yang diterima sebelum ini akan dimasak oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK) di ketiga-tiga kolej kediaman untuk diberikan kepada pelajar yang berada di dalam kampus UiTM Cawangan Sabah. Pelajar hanya perlu membeli lauk di kafe berdekatan. Dengan cara ini, pelajar dapat mengurangkan perbelanjaan makanan harian.

Pihak BHEP juga turut mengalu-alukan sumbangan beras daripada semua warga UiTM bagi menjayakan lagi program Dapur HEP ini.  Diharapkan dengan adanya sumbangan daripada pihak tertentu sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban pelajar yang berada di dalam kampus ini.