Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) telah mengadakan beberapa siri ‘Sembang Ofis Kita’ sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula bulan April 2021 yang lepas. Objektif utama sesi ‘Sembang Ofis Kita’ ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua staf BPPA tentang peranan sesuatu unit di BPPA di samping mengeratkan hubungan di antara staf. Pengisian program ini lebih terarah kepada sesi perkongsian mengenai tugas-tugas yang dijalankan di BPPA.
Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ Siri 1 disampaikan oleh Dr. Nadia Hanin Nazlan, Ketua Unit Pembangunan Pentaksiran dan Penilaian melalui platform Google Meet bertarikh 26 April 2021 yang bermula jam 10.00 pagi. Tajuk yang disampaikan oleh beliau adalah Perisian Turnitin.
Sesi Sembang Ofis Kita Siri 1 dimulakan oleh Dr. Nadia Hanin Nazlan dengan pengenalan perisian Turnitin yang telah dipertanggungjawabkan kepada BPPA bermula 1 April 2021. Warga BPPA diberi pendedahan tentang fungsi Turnitin dalam pencegahan plagiarism di kalangan pelajar. Setiap hasil tugasan pelajar harus dijamin ketulenan dan kesarjanaan nya dan sistem Turnitin dapat membantu warga akademik dalam menjamin integriti pelajar dalam menghasilkan tugasan.
Warga BPPA juga dimaklumkan tentang fungsi admin Turnitin yang menjaga akses bagi Turnitin di UiTM. Perkongsian sebegini dapat membantu staf BPPA untuk lebih mengenali tentang perkhidmatan baru yang disediakan oleh BPPA.
Beberapa siri ‘Sembang Ofis Kita’ seterusnya akan dijalankan pada setiap hari Isnin dan melibatkan semua staf untuk menyampaikan bidang tugas masing-masing. Secara keseluruhan sesi ini berjalan dengan lancar dan diharapkan semua staf mendapat pendedahan serta meningkatkan imu pengetahuan melalui sesi yang telah dijalankan.