Sesi Perkongsian Misi Kemanusiaan dengan wakil MERCY Malaysia sempena program RESONANCE UiTM Cawangan Perak.

Program sesi perkongsian misi kemanusiaan dengan wakil MERCY Malaysia dijalankan pada 5 Januari 2024, Jumaat di Galeri Al Biruni, UiTM Cawangan Perak bermula jam 10.00pagi. Panel jemputan adalah terdiri dari wakil MERCY Malaysia, Cik Noorazela, seterusnya Ar Azman Zainonabidin, Dr Dzulkarnaen Ismail dan Sr. Dr. Syed Abdul Haris Syed Mustafa. Turut hadir, Dr Aznan Omar Ketua Pusat Pengajian, KPSK, Dr Khayril Anwar Khairuddin, Penyelaras Program Art Trivium, barisan pensyarah jemputan dan para pelajar. Ybhg. Professor Madya Dr Muhamad Abdul Aziz Ab. Gani, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri Masyarakat & Alumini (TrPJIM&A) sama-sama hadir memberi respon di dalam program.

Perkongsian oleh Cik Noorazela dari MERCY Malaysia memuatkan hal berkaitan MERCY Malaysia secara am dan bagaimana untuk turut sama menganggotai serta penerangan tentang usaha-usaha dan kegiatan oleh MERCY Malaysia. 3 panel lain merupakan ahli MERCY Perak, masing-berkongsi pengalaman sebagai sukarelawan dan impak kerja-kerja sukarelawan pada diri mereka dan bagaimana pengalaman itu menjadi dan membentuk keperiabadian dan menyumbang kepada kejayaan mereka. Program diharapkan menjadi sebagai satu elemen pendedahan kepada para pelajar tentang kerja-kerja sukarelawan selaras dengan agenda memupuk mahasiswa berjaya dengan pencapaian akademik dan pencapaian lain secara holistik.

Selesai sesi soal jawab bersama panel, majlis diteruskan dengan penyerahan mural: A Choice: The Wrong Side of History kepada pihak MERCY Malaysia oleh Jabatan Art Trivium, KPSK, UiTM Perak dan sesi bergambar beramai-ramai. Mural ini telah dihasilkan oleh 20 puluh pelajar KPSK UiTM Cawangan Perak secara sukarela. Mural tersebut bersaiz 5kaki lebar x 15 kaki panjang mengunakan dakwat atas kain Calico. Mural tersebut bakal dipamerkan untuk tatapan umum di ibu pejabat MERCY Malaysia. Majlis selesai dan bersurai jam 11:00 pagi.