Sesi Kolaboratif Amali Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Pahang bersama Kolej Yayasan Pahang

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Pahang Kampus Jengka telah melakukan khidmat perundingan bersama para pelajar daripada Kolej Yayasan Pahang untuk subjek Mekanisasi Ladang pada 20 Februari 2023 bertempat di Makmal Kejuruteraan Pertanian UiTM Pahang. Sesi koloboratif ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bertaraf separa professional dalam industri perladangan dengan mengaplikasikan pengetahuan di dalam bidang pembangunan dan pengurusan ladang kelak.

Para pelajar didedahkan dengan pembelajaran teori asas dan dibantu dengan penggunaan model engin untuk setiap sesi amali bagi menambah pengetahuan tentang subjek yang diajarkan. Di samping itu juga, pelajar dibawa untuk melihat secara lebih dekat instrument dan peralatan mekanisasi ladang lain yang terdapat di Unit Pengurusan Ladang UiTM Pahang. Pengkongsian maklumat secara terus ini adalah sangat penting untuk melahirkan pelajar berkemahiran dalam industri perladangan kelak.

Matlamat dan hasil pembelajaran daripada sesi perundingan ini amat menekankan pembelajaran sepanjang hayat untuk memastikan pelajar dapat memenuhi kehendak pasaran global semasa.