Projek Komuniti Berimpak Tinggi : The Health Carnival 1.0 2023 “Your mind will mind your heart” anjuran Pusat Pengajian Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan Kampus Puncak Alam

Projek Komuniti Berimpak Tinggi : The Health Carnival 1.0 2023 dengan tema “Your mind will mind your heart” merupakan projek komuniti yang berjaya dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam. Projek ini telah berlangsung dari 30 Julai hingga 30 Oktober 2023 dan ia melibatkan 4 siri projek dengan 4 golongan sasaran yang berbeza. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan penjagaan kesihatan mental yang mana ianya boleh memberi risiko kepada penyakit jantung. Projek ini juga menyumbangkan ilmu tentang pengurusan pesakit dalam keadaan kritikal iaitu “Basic Life Support” (BLS).

Untuk Siri Pertama projek ini ianya mensasarkan kepada golongan ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah jantung dan pernafasan. Seramai 31 orang ibu bapa telah hadir ke program ini. Dr. Faris Sakinah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kesihatan Mental dalam Kalangan Ibu Bapa yang Mempunyai Anak Bermasalah Jantung dan Pernafasan’. Dr. Huzairi bin Sani pula menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kepentingan Kesejahteraan Minda dalam Menjaga Kesihatan Jantung’. Kemudian Dr. Mohd Lutfi bin Nijar menyampaikan slot ‘Pengenalan kepada BLS’ dan di setiap akhir slot ceramah akan diberi soalan kuiz bagi menguji kefahaman para peserta dan para peserta juga diberi peluang untuk bertanya soalan kepada penceramah. Akhir sekali slot “return-demo” yang diketuai oleh Puan Noreza dan 7 kumpulan dibentuk untuk memberi peluang kepada setiap ibu bapa membuat demonstrasi CPR.

Untuk Siri kedua projek ini, ianya mensasarkan kepada pelajar Lincoln University College yang mengambil bidang Komunikasi Massa dan Pengurusan Perniagaan. Seramai 45 orang pelajar telah hadir ke program ini. Prof. Dr. Sandeep wakil dari Lincoln University College memberikan kata aluan diikuti dengan Ts. Dr. Sharifah Shafinaz memberikan sepatah dua kata. En. Muhammad Amin bin Ahmad Zaki menyampaikan ceramah bertajuk ‘Mental Health among Youngsters’. Dr. Huzairi bin Sani pula menyampaikan ceramah bertajuk ‘The Relationship between Mental Health and Cardiovascular Disease’. Kemudian Dr. Fazrul Mokhtar menyampaikan slot ‘Pengenalan kepada BLS’. Di setiap akhir slot ceramah akan diberi soalan kuiz bagi menguji kefahaman para peserta dan para peserta juga diberi peluang untuk bertanya soalan kepada penceramah. Akhir sekali, Dr. Fazrul Mokhtar juga mengetuai bagi slot demonstrasi CPR dan 8 kumpulan dibentuk untuk memberi peluang kepada setiap para pelajar membuat demonstrasi CPR.

Untuk Siri ketiga projek ini, ianya mensasarkan kepada golongan guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (Asli), seramai 16 orang guru telah hadir ke program ini. Dr. Siti Khuzaimah telah memberikan kata-kata aluan. Dr. Huzairi bin Sani pula menyampaikan ceramah bertajuk ‘Hubungkait Kesihatan Mental dan Penyakit Jantung’. Profesor Madya Dr. Azlina Wati binti Nikmat menyampaikan tajuk ‘Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Sekolah dan Guru-guru’. Kemudian Dr. Abdullah Arief bin Aminuddin menyampaikan slot Pengenalan kepada BLS. Akhir sekali, Dr. Abdullah Arif mengetuai slot demonstrasi CPR dan 4 kumpulan dibentuk untuk memberi peluang kepada setiap para guru membuat demonstrasi CPR.

Untuk Siri keempat projek ini, ianya mensasarkan kepada golongan warga emas di Felda Bukit Cherakah. Seramai 37 orang warga emas telah hadir ke program ini. Program dimulakan dengan zumba yang diketuai oleh Pn. Masitan. Pn. Siti Aminah binti Omar menyampaikan tajuk ‘Kesihatan Mental dalam Kalangan Warga Emas’. Dr. Huzairi bin Sani pula menyampaikan ceramah bertajuk ‘Hubungkait Kesihatan Mental dan Penyakit Jantung dalam Kalangan Warga Emas’. Kemudian Dr. Raja Amir bin Raja Sulong Ahmad menyampaikan slot ‘Pengenalan kepada BLS’.Slot terakhir adalah demonstrasi CPR yang dikendali oleh fasilitator dan 6 kumpulan dibentuk untuk memberi peluang kepada setiap peserta membuat demonstrasi CPR.

Untuk sesi terakhir iaitu sesi perasmian, penyampaian sijil dan penutup, semua pihak yang terlibat sepanjang siri 1 hingga siri 4 program ini telah diundang untuk menghadiri majlis ini. Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Profesor Dr. Zulkhairi bin Hj. Amom telah merasmikan majlis ini. UiTM merakamkan sejuta ucapan terima kasih atas komitmen cemerlang mereka dalam menjadikan projek komuniti berimpak tinggi ini terlaksana untuk masyarakat sejagat dan kerjasama selanjutnya dialu-alukan untuk projek-projek komuniti seperti ini lagi pada masa depan.