Seminar Khidmat Nasihat Persaraan, Projek SULAM Bersama Komuniti

Dalam usaha bagi memupuk kesedaran kepentingan merancang persaraan sedari muda dikalangan para pekerja sektor kerajaan, seramai 21 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran (Kepujian) Kewangan, Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS), Shah Alam telah menganjurkan Seminar Khidmat Nasihat Persaraan bertempat di Dewan Makan, Aras 6, Podium 2, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Putrajaya. Program yang diadakan pada 8 Januari 2024 ini telah dihadiri oleh 22 orang staff Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dari cawangan serta pusat. Penganjuran program ini merupakan tugasan projek matapelajaran Personal Financial Planning (FIN533) yang merupakan kursus SULAM fakulti

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya merancang kewangan menjelang persaraan. Selain itu, program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada para pelajar membina hubungan baik, berinteraksi dan bekerjasama secara efektif dengan wakil dari komuniti serta memantapkan teknik berkomunikasi dengan pihak komuniti .

 

Program dimulakan dengan ceramah daripada Pn Ida Izwah Mohd Sharif, wakil Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan tajuk “Merancang Kewangan dan Persaraan Bersama KWSP”. Seterusnya, para peserta melaksanakan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang berbentuk praktikal seperti permainan “Pop Quiz (slido)”, “Bingo”, dan “Word search”

Diharapkan lebih banyak program-program seperti ini dapat dilaksanakan oleh para pelajar, sebagai pendedahan awal kepada mereka terutama sekali dalam kemahiran berkomunikasi dan pengurusan program. Dengan berlangsungnya program seperti ini, lebih ramai mahasiswa yang bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan dapat dilahirkan oleh pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM). Penglibatan mahasiswa turut memberi impak positif bukan sahaja pada diri pelajar malah kepada UiTM khususnya.