Pada 18 Jun 2022 telah diadakan satu seminar yang berteraskan projek Collaborative Teaching bagi subjek Tanaman Perladangan II di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Seminar dibawah anjuran Fakulti Perladangan ini memberi fokus kepada pelajar semester 4 Diploma Pengurusan Ladang yang mengambil subjek tersebut. Seramai 141 orang pelajar telah melibatkan diri dalam seminar ini yang bemula jam 8.30 pagi di Dewan Kuliah Al-Farabi UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Seminar yang membawa tajuk Aplikasi Teknologi Drone Dalam Tanaman Perladangan disampaikan oleh penceramah jemputan khas, En. Ikwan Hakim Bin Yaacob Ketua Operasi Bahagian Perladangan dari sebuah Syarikat Drone terkenal iaitu Meraque Services Sdn. Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor.
Seminar yang membawa objektif tersendiri ini diberi fokus dimana pelajar ingin diberi pendedahan berkaitan teknologi semasa yang digunapakai dalam industri perladangan masa kini selari dengan keperluan silibus yang ditetapkan. Selain itu juga, jalinan bersama industri ingin dipupuk dikalangan pelajar memandangkan pelajar berada dalam tahun kedua pengajian dan ini akan membuka minda dan perspektif pelajar berkaitan dunia perkerjaan dalam industri perladangan.
Dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh En Ikwan Hakim dalam bidang perladangan berjaya menarik minat pelajar untuk mendengar perkongsian hebat berkaitan pengaplikasian teknologi drone ini dalam bidang perladangan. Proses komunikasi dua hala dan penggunaan teknik penyampaian yang hebat oleh penceramah membuatkan pelajar terus bertahan sehingga jam 2.00 petang. Program perkongsian ilmu ini dilihat amat memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi kepentingan pencapaian para pelajar Diploma Pengurusan Ladang, UiTM Cawangan Pahang.