GeoMass Semester Grand Meeting

ARAU, 4 Mac 2023 – Persatuan Geomass, UiTM Cawangan Perlis telah mengadakan Mesyuarat Agung Semester (SGM) di LT7 pada malm tadi. Turut bersama-sama dalam sesi ini adalah Ybrs Ts Gs Dr Ernieza Suhana Mokhtar selaku Timbalan Rektor PJIM&A, Sr Asnita Rahim selaku (Koordinator Program), Sr Mohd Khairy Kamarudin (Pengerusi 1), Sr Gs Norfatekah Binti Talib (Pengerusi II), Gs Dr Fazly Amri Bin Mohd (Pengerusi Pengumpul Data Aktiviti), Saudara Muhammad Sufyan Zakwan bin Hirwandy (Presiden Geomass), dan Ahli Jawatankuasa Geomass. Seramai 300 orang pelajar melibatkan pelajar Diploma Sains Geomatik (AP120) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (AP220), Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis menghadiri program yang telah dijalankan malam tadi.

Objektif mesyuarat ini adalah membentangkan program yang akan dijalankan pada semester Oktober 2023 hingga Februari 2024 serta memperkenalkan Ahli Mesyuarat Tertinggi GEOMASS. Dalam sesi mesyuarat berlangsung, Dr Ernieza Suhana (PJI) menasihatkan para pelajar supaya aktif untuk menyertai persatuan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran-kemahiran seperti contoh cara berkomunikasi, dan sebagainya. Tambahan lagi, Dr Ernieza juga menerangkan tentang kepentingan visibility atau ketampakan diri sendiri selaras misi dan matlamat GRU2025.

Sebelum mesyuarat berakhir, Saudara Muhammad Sufyan Zakwan bin Hirwandy Presiden Geomas telah menerangkan dan membentangkan aktiviti-aktiviti pelajar yang akan di jalankan pada semester ini.

Selain itu, yuran Persatuan GEOMASS telah menetapkan bahawa yuran persatuan akan dikenakan sebanyak RM10 sahaja dan tambahan bayaran akan dikenakan mengikut beberapa program yang akan dijalankan kelak.

Semoga perjalanan program yang bakal dijalankan ini, dipermudahkan dan mendapat sokongan padu daripada warga Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis.

Geomass
Kolej Pengajian Alam Bina – KAB Universiti Teknologi MARA