Perjumpaan Pelajar Baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik

ARAU, 3 Oktober 2023 – Satu taklimat pelajar baharu Diploma & Sarjana Muda bagi Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik (PPSUG), Kolej Pengajian Alam Bina, Cawangan Perlis telah diadakan di LT 4, UiTM Cawangan Perlis pada petang hari ini.

Ybrs Sr Dr Rohayu Haron Narashid selaku Ketua Pusat Pengajian telah menyampaikan taklimat selama hampir 2 jam tadi. Turut hadir dalam taklimat ini ialah Sr Ashnita Rahim (Koordinator Kursus), Dr Fazly Amri Mohd, Sr Mohd Khairy Kamarudin, Puan Noorzailanee Ghazali dan Sr Mohd Adhar Abd Samad selaku Penasihat Akademik Baharu bagi pelajar Semester Satu Diploma Sains Geomatik, Kolej Pengajian Alam Bina.

Dalam taklimat berlangsung, Ketua Pusat Pengajian memperkenalkan barisan pensyarah dan menerangkan serba sedikit mengenai Pelan Pengajian bagi Diploma dan Sarjana Muda. Selain itu, Dr Rohayu turut menjelaskan tentang kepentingan Penasihat Akademik dan juga peranan Persatuan Geomass. Para pelajar baharu Diploma dan Sarjana Muda disarankan supaya aktif dalam akademik sahaja, namun perlulah juga aktif menyertai dalam persatuan dan sukan semasa tempoh pengajian.

Semoga perjalanan pengajian pelajar baharu Diploma dan Sarjana Muda pelajar Kolej Pengajian Alam Bina, Cawangan Perlis dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan.

Kolej Pengajian Alam Bina – KAB Universiti Teknologi MARA
Geomass