Selamat Datang Pelajar Baharu Ke UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh

4 Oktober 2023 – 29 September 2023 (Jumaat) telah berlangsung sesi pendaftaran dan menyambut pelajar baharu yang telah selesai Program MDS di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Anggaran seramai 340 orang pelajar bagi sesi akademik 2023/2024 telah hadir ke UiTM Kampus Sungai Buloh dengan menaiki 6 biji bas. Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah turut serta membantu Unit Pengurusan Kolej (UPK) dalam proses pendaftaran pelajar pada kali ini. Semoga pelajar baharu pada pengambilan kali ini terus berjaya menyuntik semangat untuk melakukan yang terbaik sepanjang berada di UiTM ini.

“Jangan sesekali berfikir untuk berhenti dari apa yang telah kamu usahakan selama ini, kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah.”

Galeri Gambar: