Sazarice Sdn Bhd Sumbang 500 kg Beras Sempena Program Kasih Ramadan anjuran The Accountancy Club bersama Unit Hal Ehwal Islam dan ACIS

SABAH, 6 APRIL 2023 – Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sazarice Sdn Bhd yang telah bermurah hati menyumbangkan sebanyak 500 kg beras, bersamaan dengan 100 kampit beras @ 5 kg bersempena dengan Program Kasih Ramadan: UiTM Cawangan Sabah Bertadarus Bersama Komuniti.

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Encik Jerry Thomas, wakil daripada Sazarice Sdn. Bhd. kepada Penasihat persatuan ‘The Accountancy Club’ di pejabat Sazarice Sdn. Bhd. dengan disaksikan oleh Saudari Syahirah Binti Mayassin, Presiden Persatuan ‘The Accountancy Club’ dan rakan-rakan lain.

Rombongan seterusnya dibawa ke gudang berhampiran untuk proses mengangkat dan menimbang beras. Sumbangan seterusnya dibawa ke Masjid Md. Nur Saman, Kg. Dungun, Tuaran untuk agihan kepada para asnaf di kampung tersebut. Berita lanjut berkenaan program boleh diikuti di pautan berikut: https://news.uitm.edu.my/program-kasih-ramadan-uitm-cawangan-sabah-bertadarus-bersama-komuniti/

Sekali lagi pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ini. Semoga sumbangan ini dapat menyerikan lagi Ramadan di kalangan penerima.