KOTA KINABALU, 26 Januari 2024 – UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Sambutan Kemuncak Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sabah dan MAIJASA 2023 di Nexus Resort & Spa Karambunai Kota Kinabalu, Sabah bagi meraikan Pesara, Staf berkhidmat 20, 25 dan 30 tahun, staf yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pertandingan Inovasi, Pertandingan Kecemerlangan Operasi, pemenang Pertandingan Dekorasi Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sabah, Pertandingan Sajak, Pertandingan Gambar Kreatif, dan seterusnya sambutan kemuncak Jubli Emas UiTM Cawangan Sabah.
Selain itu, majlis ini juga turut memberi penghargaan kepada staf MADANI dan penghargaan Jawatankuasa Kualiti seperti Jawatankuasa Audit Dalam, Jawatankuasa ESSR, EKSA, Jawatankuasa Penyedia Laporan AKNC 2023, Jawatankuasa Self Review Report (SRR), Jawatankuasa Kecemerlangan Operasi, Jawatankuasa Pasukan SPK, Jawatankuasa Analisa Data, Jawatankuasa Kepuasan dan Maklumbalas Pelanggan, Penghargaan KIK. Majlis juga turut melancarkan Kempen Paperless & Green Campus serta Pensijilan EKSA menjelang 2025.
Majlis yang dihadiri oleh 250 staf UiTM Cawangan Sabah dirasmikan oleh Yang Berusaha Rektor UiTM Cawangan Sabah, Profesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed. Yang Berusaha Profesor Madya Rektor merakamkan penghargaan terima kasih kepada Jawatankuasa penganjur dan ucapan tahniah kepada semua Warga UiTM Cawangan Sabah yang telah berkerjasama sebagai satu pasukan bagi mencapai kecemerlangan organisasi dan menyumbang bakti serta menaikkan nama UiTM Cawangan Sabah. Serumpun bak serai, sesusun bak sireh, amalan sikap staf UiTM Cawangan Sabah yang baik serta hidup saling bermuafakat dan tidak berpecah belah amat penting bagi memastikan keharmonian dan synergi dalam organisasi. Kebersamaan ini membantu UiTM Cawangan Sabah untuk mengorak langkah lebih jauh, membangun komuniti setempat, menyumbang kepakaran dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Begitu juga firman Allah SWT:
وَلَا تَجْعَلُوا۟ ٱللَّهَ عُرْضَةًۭ لِّأَيْمَـٰنِكُمْ أَن تَبَرُّوا۟ وَتَتَّقُوا۟ وَتُصْلِحُوا۟ بَيْنَ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌۭ
Maksudnya: (Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
(Ayat 224, Al Baqarah, Al Quran)