Terokai Keajaiban Nombor di Hari Antarabangsa Matematik UiTM 2024 (UiTM IDM 2024)

Memanggil semua peminat matematik! Mari sertai pengalaman membuka minda bersama Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam di mana kami dengan bangganya membawa kepada anda “Hari Matematik Antarabangsa UiTM 2024 (IDM UiTM 2024)!!!

Bulatkan tarikh 7 Mac hingga 29 Mac 2024 di dalam kalendar anda, kerana kami akan membawa anda ke alam angka yang menakjubkan. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda  sepanjang program:

  • Olimpiad Matematik: Sukakan cabaran? Program ini akan menguji tahap matematik anda.
  • Sesi Webinar: Terokai keajaiban dan sejarah matematik melalui sesi interaktif.
  • Cabaran TikTok Matematik: Serlahkan kreativiti dan bakat anda.
  • Cabaran Komik Matematik: Tunjukkan imaginasi dan menangi hadiah wang tunai
  • Karnival Matematik: Cipta permainan matematik baharu bersama kami

Tidak kira sama ada anda peminat baharu matematik, pakar yang berpengalaman atau sekadar mencari hiburan intelektual, IDM UiTM 2024 amat mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian dari keraian unik ini. Sertai kami mengira detik ke arah keseronokan dan keajaiban numerika!

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami melalui:

#IDMUiTM2024 #MathMarvels #PlayingWithMath