Sambutan Jubli Perak IPSis : Fun And Fit Run

Bersempena dengan sambutan 25 tahun Jubli Perak IPSis, satu acara Fun and Fit Run telah diadakan pada 1 Oktober 2022. Larian sejauh 5km ini disertai oleh 150 peserta yang terditi daripada warga UiTM dan orang awam.

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menyokong gaya hidup sihat san mengajak masyarakat sekeliling bersama-sama aktif beriadah bersama keluarga. Larian yang bermula di Dataran Letak Kereta Bertingkat, Dewan Agung Tuanku Canselor ini dilepaskan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohamad Hariri Bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Alumni), Peserta bersemangat memulakan latian seawal 7.45 pagi melewati beberapa fakulti dan bangunan akakdemik sekitar kampus Shah Alam yang pastinya menjanjikan laluan landai dan berbukit yang mencabar sehingga ke garis penamat.