Bengkel Kompetensi Jurulatih Pusat Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (PULAPA) Wilayah Timur Dengan Kerjasama Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM Cawangan Pahang

Jurulatih memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan gaya kejurulatihan berdasarkan kepada pelbagai situasi. Untuk melaksanakan tugas dengan baik, seseorang jurulatih itu perlu mempunyai falsafah dan rujukan sebagai panduan. Pada 6 September 2022 sehingga 8 September 2022, Pusat Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (PULAPA) Wilayah Timur dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan satu bengkel kompetensi di kalangan jurulatih – jurulatih di jabatan tersebut.

Bengkel selama tiga hari ini dikendalikan oleh panel penceramah yang terdiri daripada pensyarah – pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM Cawangan Pahang yang dijadualkan mengikut topik dan bidang yang sesuai dalam meningkatkan kompetensi jurulatih.

Sesi I – Asas Kecederaan dan Bantuan Mula, En. Mohd Zulkhairi Mohd Azam
Sesi II – Basic Mental Skill, Dr. Nurul Diyana Sanuddin & En. Mohd Ikhsan Raus
Sesi III – Rekreasi Luar: Dr. M. Adli Mohd Sidi
Rekreasi Air: En. Mohamed Azizul Mohamed Afandi
Sesi IV – Kecergasan, Dr. Norlaila Azura Kosni & En. Mohd Azharul Azemi
Sesi V – Kepimpinan, En. Kalam Azad Isa

Jumlah penyertaan terhad kepada 40 orang bagi setiap sesi dan kebanyakkan pelatih mengemukan soalan-soalan kepada panel penceramah. Perkongsian ilmu di dalam bengkel ini merentasi kepakaran UiTM dengan agensi luar yang terbukti memberi satu pengetahuan dan membuka idea yang baru berdasarkan teras sains sukan dan rekreasi kepada jurulatih – jurulatih di jabatan ini khususnya.

Penulis – Mohamed Azizul Bin Mohamed Afandi, Dr. M. Adli Bin Mohd Sidi, Mohd Zulkhairi Bin Mohd Azam, Kalam Azad Bin Isa dan Mohd Ikhsan BinMohd Raus.