Road to PhD I : A Mentoring Programme

Road to PhD I: A Mentoring Programme telah dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pahang (APBCPhg) pada 29 dan 30 Mei 2023. Program yang bertujuan memberi pendedahan dan bimbingan dalam penyediaan proposal PhD ini telah dihadiri seramai 22 orang peserta yang terdiri dari staf APBCPhg yang berkhidmat kurang dari 10 tahun. Pengisian hari pertama adalah taklimat tentang persediaan dan strategi pemantapan proposal, sesi perkongsian pengalaman dalam melanjutkan pelajaran di peringkat PhD oleh PM Dr Kamisah Ariffin dan Dr Roslina Abdul Aziz yang dikelolakan oleh Dr Maimanah Ismail, dan sesi pencarian tajuk yang bersesuaian. Selain itu, para peserta juga diberikan pilihan mentor untuk membimbing berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.

Hari kedua pula merupakan sesi perkongsian untuk menghasilkan proposal Chapter 1, 2 dan 3. Dalam ketiga-tiga sesi ini, pensyarah yang berpengalaman iaitu Dr Nadhratunnaim Abas, YM Dr Tengku Nazatul Shima Tengku Paris, PM Dr Kamisah Ariffin dan Dr Mazni Muslim telah menyampaikan tips dan teknik dalam menghasilkan proposal yang berkualiti. Program ini diharapkan dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua peserta dan memberi motivasi kepada mereka dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD.