Research Innovation Competition (GRiC 2023)

PERLIS, 20 Jun 2023 – Geomatics Research Innovation Competition (GRiC 2023) telah selesai diadakan di Dewan Sri Semarak, UiTM Cawangan Perlis pada 20 Jun 2023. Program berorientasikan pertandingan inovasi ini menggunakan kaedah pembentangan menggunakan poster dan bahan pameran oleh para pelajar Ijazah Sarjana Muda berkaitan projek penyelidikan tahun akhir yang sedang dijalankan oleh mereka.

Program telah dirasmikan oleh Ybhg Prof Madya Ts Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis. Hadir sama dalam program ini dan mengiringi Ybhg Rektor ialah Ybrs Ts Gs Dr Erniza Suhana Mohktar , Timbalan Rektor PJI, Sr Dr Rohayu Haron Narashid Ketua Pusat Pengajian, Sr Ashnita Rahim (Koordinator Program), Prof Madya Sr Dr Mohd Azwan Abbas (Pengarah Program GRiC 2023), barisan staf dan pelajar Ijazah Sarjana (AP220) semester akhir.

Penyertaan pelajar pada kali ini melibatkan seramai 111 orang pelajar. Pembentangan pelajar dinilai oleh dua (2) orang hakim yang terdiri daripada pensyarah Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) dan pihak professional berkaitan di sekitar negeri Perlis seperti contoh UniMAP, Pejabat Mufti, JUPEM, Syarikat Jurukur Pelangi dan ramai lagi.

Objektif Program GRIC 2022 ini adakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan selari dengan kehendak industri dan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat membuka ruang jalinan kerjasama antara pihak Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) dengan pihak industri dan masyarakat. Pada masa yang sama, program ini dapat memupuk keyakinan para pelajar ISM untuk mengetengahkan idea kepada pihak industri dan masyarakat.

Penilaian pelajar yang terbaik dipilih bagi mewakili kategori GOLD, SILVER dan BRONZE. Pihak penganjur telah bersetuju melantik Ketua Penilai GRIC 2023 yang diketuai oleh Ts Dr Umar Kassim dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Selain itu, pihak GRIC telah bersetuju memilih dan menganugerahkan Poster Terbaik dan Pembentang Terbaik. Pihak Jawatankuasa GRIC 2023 turut memberikan satu Anugerah yang Paling Tinggi iaitu Kategori Diamond kepada peserta yang mendapat markah paling tinggi keseluruhan.

Bagi pihak Kolej Pengajian Alam Bina mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga kerja GRiC 2023 bersama-sama Kumpulan Penyelidikan S2SAM dan Marine Cadastral di bawah pimpinan Prof Madya Sr Dr Mohd Azwan Abbas di atas kejayaan penganjuran program GRiC pada tahun ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penaja bersama Program GRIC 2023, iaitu Sky shine corporation sdn bhd dan geodetic solutions sdn bhd.

Sekalung tahniah kepada para pemenang GRiC 2023.

Semoga terus maju jaya!!