Projek Perumahan Awam Sri Perlis 2, Jalan Datuk Keramat, Wilayah Persekutuan

8 Januari 2022 – Dalam menghasilkan komuniti yang berdaya kreatif dan membentuk remaja yang berinovasi, satu program inovasi sosial telah dijalankan bersama Penduduk Perumahan Awam Sri Perlis 2, Jalan Datuk Keramat. Program inovasi sosial ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pembinaan, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) bersama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) dengan rakan kerjasama DBKL, Pandu Puteri, Kembara Insani, MAS, dan beberapa lagi rakan kerjasama.

Program ini dihadiri oleh Profesor TPr Dr Jamalunlaili Dekan FSPU, Wakil dari DBKL, Dato’ Elli Mod Tahir Penasihat PPA Sri Perlis 2, Datuk Kapten Hj Mohd Fauzi Aziz, Juruterbang MAS. Pelbagai aktiviti bersama komuniti di sini antaranya, aktiviti potensi kanvas kerjaya bersama kanak-kanak dan remaja seramai 50 orang oleh Kembara Insani, program motivasi bersama MAS, ceramah dan pemeriksaan kesihatan bersama KKM dan aktiviti lain seperti pemberian sabun buatan dan mengajar pembersihan kendiri bersama rakan NGO yang terlibat dan penglibatan pelajar semester akhir Pengurusan Pembinaan UiTM Shah Alam sebagai fasilitator.

Selain dari aktiviti tersebut, turut diadakan kempen kesihatan dan kebersihan diri dari Kementerian Kesihatan, Pandu Puteri dan FSPU UiTM dapat memberi kesedaran kepada para remaja dan kanak2 berkaitan cara penjagaan kesihatan dengan cara yang lebih menarik dan mengolah untuk mereka menjadi lebih kreatif dan innovasi dengan aktiviti inovasi sosial yang dijalankan.

Dalam program ini juga, Syarikat MHS Resources SB dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM turut menyumbang 5 buah komputer bersama mesin pencetak bagi kegunaan warga komuniti Seri Perlis 2 dalam menjadikan penduduk di sini mendapat kemahiran IT secara tidak langsung dan penggunaan yang lebih kondusif dengan penyediaan bilik komputer oleh komuniti.

Dengan adanya program yang padat dan berinformasi seperti ini, ia dapat mendekatkan komuniti dengan industri dalam menjana komuniti yang lebih lestari dari segi hala tuju kerjaya, kesihatan, pendidikan, kreatif dan inovasi di kalangan kanak-kanak, remaja dan komuniti am nya.