Sumbangan Peralatan Sukan oleh Sawit Kinabalu kepada UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau

TAWAU, 12 JANUARI 2022 (RABU) : Syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu telah berbesar hati menyumbangkan peralatan sukan kepada UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau di pejabat Ladang Sungai Balung, Tawau. Penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Tuan Abdul Halim Alimuddin, Ketua Perladangan dan Perniagaan 1, Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. kepada Koordinator Kampus, Tuan Haji Muliyadi Haji Guliling yang mewakili UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau.

Dalam majlis tersebut, sumbangan peralatan pembesar suara untuk kegunaan surau juga telah disampaikan oleh Tuan Zarkarni Samsul, Pengurus Besar Wilayah Tawau, Borneo Samudera Sdn. Bhd.

Sesungguhnya, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada pemegang taruh syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu. Dengan adanya kemudahan peralatan sukan itu, pihak pengurusan UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau akan dapat mengadakan aktiviti-aktiviti untuk semua warga UiTM aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Majlis itu turut disaksikan oleh Tuan Azeman Rasley, Pengurus Kanan, Ladang Sungai Balung dan Encik Asmad Mohd Noor, Pegawai Eksekutif Kanan, UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau.