KOTA TINGGI, Jun-Julai 2023 – Telah berlangsung Projek Community Engagements – Social Research Innovation (CE-SIR) yang bertema ‘Penyembelihan Bertauliah Arnab’ bersama lebih kurang 50 orang belia dan penduduk di Felda Bukit Aping Barat, atas sokongan Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Pejabat Veterinar Negeri Johor (JPVNJ), Aping Barat Rabbitries (ABR), Ittihad Trading & Resources Sdn. Bhd.
Program pemindahan ilmu (KTP) yang berasaskan Tanggungjawab Sosial UiTM (USR) ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran dan peluang pekerjaan golongan belia Felda. Sebanyak 5 sesi KTP yang memfokuskan latihan berkaitan bidang penyembelihan kepada belia yang bakal menjadi penyembelih bertauliah arnab pedaging telah dikendalikan oleh pensyarah UiTM Cawangan Melaka, antaranya termasuk:
– ‘Peluang Pekerjaan dan Kerjaya sebagai Penyembelih Halal Profesional’ oleh Profesor Dr Shafinar Ismail;
– ‘Penyembelih Arnab Pedaging Bijak ChatGPT’ oleh Dr Nur Hayati Abd Rahman, Timbalan Rektor PJI; dan
– ‘Penyembelih Arnab Pedaging Kreatif CANVA’ oleh Puan Aemillyawaty Abas, pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.
Aktiviti perkongsian ilmu pada fasa ini memberi tumpuan kepada usaha peningkatan kemahiran celik digital dalam kalangan penternak arnab dan juga warga belia Felda yang berminat akan industri arnab pedaging di sekitar Felda Aping Barat.
Para peserta diberi pendedahan tentang penggunaan ChatGPT dan CANVA dalam urusan promosi digital bagi produk makanan yang diusahakan oleh komuniti tempatan Felda. Kemahiran celik digital ini amat membantu kepada mereka yang berhasrat untuk membangunkan dan mengembangkan bisnis atas talian yang sedia ada.
Selain itu, latihan tatacara penyembelihan ternakan yang berkebajikan, serta praktikal pemyembelihan patuh Syarak dan ibadah korban juga dikendalikan oleh staf JAINJ dan JPVNJ kepada peserta dan belia yang baru mula belajar penyembelihan.
Projek CE-SIR kali ini juga merupakan salah satu siri program susulan daripada pemeteraian MoU antara UiTM dengan Ittihad Trading & Resources Sdn. Bhd pada Mei 2022 yang diketuai oleh Pengarah Urusan Ittihad, Encik Muhammad Nazri Bin Kasmen selaku alumni UiTM Cawangan Melaka.
Galeri Gambar: