Majlis Makan Pelajar Latihan Praktikal, Kolej Pengajian Alam Bina

Jumaat, 14 Julai 2023: Majlis Makan Pelajar Latihan Praktikal, Kolej Pengajian Alam Bina, telah diadakan di Foyer Kompleks Star, UiTM Cawangan Perlis pada pagi tadi.

Majlis yang diadakan ini bersempena meraikan 127 orang pelajar semester 6, Diploma Sains Geomatik (AP120) yang telah selesai menjalani Latihan Praktikal di syarikat Jurukur Berlesen dan juga Syarikat GIS dan Remote Sensing sepanjang tempoh 16 minggu.

Hadir sama pada Majlis Makan ini ialah Dr Rohayu Haron Narashid, Ketua Pusat Pengajian, Sr Ashnita Rahim (Koordinator Program), Penyelaras Latihan Praktikal (GLS396, GLS397, GLS398), barisan pensyarah dan para pelajar Diploma semester 6, Kolej Pengajian Alam Bina.

Selain menjamu hidangan, majlis diserikan dengan ucapan wakil pelajar bagi kod GLS396 (Ukur), GLS397 (GIS) dan GLS398 (Remote Sensing). Wakil pelajar menceritakan serba sedikit pengalaman dan ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa menjalani latihan praktikal. Semoga ilmu yang dipelajari semasa latihan praktikal dapat dipraktikkan dan menjadi asas pengetahuan apabila masuk ke alam pekerjaan samaada sektor kerajaan mahupun swasta.

Kolej Pengajian Alam Bina – KAB Universiti Teknologi MARA
Geomass

Galeri Gambar: