Program “Youth-Innovation Ideation and Design Competition” (Y-IIDC) 2024, UiTM Cawangan Pahang

Program “Youth-Innovation Ideation and Design Competition” (Y-IIDC) 2024 telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi (PPPT), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Program ini telah dijalankan pada 12 Januari 2024 bermula jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari 2, UiTM Kampus Jengka.

Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi (PPPT) Pahang di bawah kod kursus “Innovative Thinking Strategies” (ASM657) telah menganjurkan satu program pertandingan inovasi dikalangan pelajar Semester 5 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) BA232. Seramai 95 orang pelajar telah menjadi peserta bagi pertandingan tersebut. Pelbagai kategori inovasi telah dipertandingkan antaranya ialah aplikasi pintar, fesyen dan aksesori serta gaya hidup. Seramai 6 orang juri profesional terlibat bagi penjurian program ini. Selain dari pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga, hadiah pertandingan bagi kategori poster terbaik, pembentangan kumpulan terbaik, impak komuniti terbaik dan inovasi harapan turut ditawarkan. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Puan Mas’udah Asmui, Ketua Pusat Pengajian, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi (PPPT), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Pahang.

Hasil dari penganjuran dan perlaksanaan program pertandingan inovasi ini, diharapkan ianya dapat membantu memantapkan lagi kefahaman serta ilmu di dalam penghasilan inovasi dikalangan pelajar. Semoga dengan pertandingan sebegini dapat menghasilkan penemuan baru dalam pelbagai aspek terutamanya penyelesaian kepada masalah tertentu, penemuan produk baru serta pembangunan idea-idea yang mempunyai potensi untuk memberikan impak yang positif kepada masyarakat pada masa kini. Selain itu, dengan pertandingan sebegini dapat memberi pengalaman kepada para pelajar untuk terus berinovasi dan yakin dalam memasuki pelbagai jenis pertandingan inovasi di masa akan datang.