Program Talk by Professional Engineer: Covid-19 Kesan kepada Pekerja dan Sektor Pembinaan.

Program ini telah berlangsung secara maya menggunakan pelantar Cisco Webex, Youtube dan FB Live pada 25 Mei 2021 (Selasa), bermula jam 8.30 malam. Program anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) ini diadakan khusus untuk semua pelajar FKA termasuk pelajar yang sedang mengikuti Latihan Industri.

Walaubagaimanapun keutamaan di berikan kepada pelajar semester empat (4) dan semester seterusnya yang mengambil kursus Building Services (ECM346). Program yang dijalankan ini, merupakan sebahagian daripada penilaian kerja kursus bagi memenuhi keperluan silibus yang berteraskan “Outcome Based Education” (OBE). Program ini telah dirasmikan oleh Sr. Mohd Razmi Zainudin selaku Ketua Pusat Pengajian FKA dan Puan Norizah Omar selaku pengarah program.

Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan input kepada pelajar berkenaan peranan dan cabaran mereka sebagai jurutera dalam pembangunan mampan dan pembinaan yang berasaskan green technology dengan menerapkan nilai-nilai serta tanggungjawab terhadap masyarakat, persekitaran, sosio-budaya dan etika profesional. Tiga (3) matlamat Sustainable Development Goal (SDG) dapat dicapai di dalam program ini iaitu SDG 4, 9 & 11 (pembelajaran berkualiti, industri, inovasi dan infrastruktur, bandar dan komuniti yang lestari). Selain itu bekerja dalam suasana norma baharu akibat daripada pandemic Covid-19, serba sedikit memberi kesan yang mendalam kepada kualiti pekerja terutamanya di lapangan pembinaan di mana setiap pekerja dikehendaki senantiasa mematuhi peraturan atau standard of procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam mengekang penularan virus Covid-19.


Program ini telah menjemput dua orang jurutera awam sebagai panel jemputan program yang mewakili pihak industri iaitu YBrs En Mohamad Yasin bin Jamaludin dan YBrs En Zulkarnain bin Abu Adam. YBrs En Mohamad Yasin bin Jamaludin merupakan Pengarah (Jusa C) Jabatan Kejuruteraan Awam & Saliran, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah berkhidmat sebagai jurutera awam di DBKL selama 37 tahun manakala YBrs En Zulkarnain bin Abu Adam merupakan Pengarah Projek (Pembangunan) Mediacity Sdn. Bhd. yang telah berkhidmat sebagai jurutera awam selama 30 tahun.

Program ini telah dikendalikan oleh YBrs En Muhammad Mohktar bin Samat selaku moderator. Pengalaman yang cukup lama bagi kedua-dua penceramah ini menjadi asbab lantikan mereka sebagai penceramah jemputan di dalam program ini. Pengalaman dan ilmu yang dikongsikan oleh kedua-dua panel ini telah disampaikan kepada hampir 300 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar FKA, alumni FKA dan peserta luar. Ternyata program ini telah menarik minat ramai untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan situasi terkini sektor pembinaan akibat kesan daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara sekarang ini.

PAUTAN MEDIA: https://m.facebook.com/groups/fkauitmphg/permalink/4296338833711853/