Forward Thinking Assessment Webinar Series, Performance Assessment: Assessing the Creative Arts

Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) dengan kerjasama Collaborative Group Alternative Assessment & E-Portfolio telah mengadakan satu sesi webinar bertajuk Performance Assessment: Assessing the Creative Arts secara atas talian pada 28 Mei 2021. Webinar ini merupakan webinar pertama dari siri webinar Forward Thinking Assessment yang bertujuan untuk membincangkan pelbagai pentaksiran alternatif bagi meningkatkan keupayaan pensyarah dalam menghasilkan pengukuran yang berkualiti.

Webinar berkaitan Performance Assessment : Assessing the Creative Arts ini menampilkan Encik Hamzah Mohamed Tahir, Pensyarah Kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) selaku penceramah dan Ts. Siti Hajar Aznam, Felo Sains Sosial dan Kemanusiaan di BPPA yang juga merupakan seorang Pensyarah Kanan di FiTA selaku moderator webinar tersebut.

Sesi webinar telah dimulakan dengan pengenalan kepada seni kreatif, khususnya bidang teater dan diteruskan dengan perkongsian tentang pentaksiran seni kreatif dengan menggunapakai aras Taksonomi Bloom. Penyampaian santai serta bertenaga dari Encik Hamzah telah mendapat pujian dari peserta yang terdiri dari pensyarah dari pelbagai fakulti. Pengendalian yang baik oleh Ts. Siti Hajar Aznam juga telah menyumbang kepada kejayaan sesi webinar tersebut. Ilmu serta perkongsian yang disampaikan telah memberi perspektif segar kepada warga akademik UiTM dari pelbagai disiplin ilmu.

Webinar tersebut telah dihadiri oleh 1,237 peserta di Platform Cisco Webex dan di saluran YouTube BPPA di mana webinar tersebut telah disiarkan secara langsung. Peserta yang terdiri di kalangan warga akademik UiTM telah memberikan pelbagai input dan maklum balas yang positif. Dengan sokongan warga, pihak BPPA akan terus menganjurkan pelbagai webinar berkaitan pentaksiran alternatif untuk memastikan kualiti pentaksiran dan pengukuran di UiTM sentiasa ditambah baik.