Program “Symptoms” anjuran Kolej Pengajian Seni Kreatif

ALOR GAJAH, 16 Disember 2022 – Telah berlangsung program “Symptoms” anjuran Kolej Pengajian Seni Kreatif pada 16 – 18 Disember 2022 bertempat di Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah. Program telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Rektor, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini sebagai simbolik acara perasmian.

Program yang julungkali diadakan dimana bernadikan konsep kreativiti pelajar dalam membawa revolusi IR5.0 telah mendapat sambutan hangat dimana disertai seramai 7000 pelajar sepanjang ianya berlangsung.Program ini juga berjaya membawa hampir 300 pelajar Alumni Pulang ke kampus dan meraikannya.

Turut hadir Prof. Madya Dr Ismadi Md Badarudin, TRHEA,Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono,TRHEP dan Dr. Nur Hayati Abdul Rahman,TRPJi. Symptoms kali ini berkonsepkan “LUMINOUS” iaitu “jiwa eksplorasi Bunyi dan Cahaya” bagi menyerlahkan kreativiti pelajar.Selain persembahan dari pelajar,aktiviti seperti Art Market dan Food Artgism, e-games, Academic Talk & Pre-Love collection Bundle turut diadakan sebagai acara utama.