Menaiktaraf Perkhidmatan Wi-Fi di Kolej Kediaman Pelajar, Kampus Seri Iskandar

Kampus Seri Iskandar telah menerima peruntukan bagi pelaksanaan menaiktaraf perkhidmatan Wi-Fi di Kolej Kediaman Pelajar. Projek yang masih di peringkat pemasangan oleh syarikat yang dilantik ini telah bermula pada sekitar Oktober 2022 dan djiangka siap sepenuhnya pada bulan Mac 2023 yang akan meliputi keseluruhan lokasi Kolej Kediaman Pelajar di Kampus Seri Iskandar.

Menurut staf Bahagian Infostruktur, Tc. Mohd Aizuddin Roslan menyasarkan capaian liputan Wi-Fi 100 peratus di lokasi tersebut. “Buat masa ini, syarikat telah selesai membuat pengkabelan dan selepas ini fokus kepada kerja-kerja pemasangan Poin Akses dan Switch,” katanya lagi.

Tambahnya, kolej-kolej kediaman pelajar akan mula mendapat liputan Wi-Fi bermula penghujung Januari 2023 secara berperingkat mengikut pelan perancangan yang telah ditetapkan. Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan kemudahan Internet Tanpa Wayar kepada pelajar yang banyak bergantung kepada Internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta bagi tujuan penyelidikan.