Program Shopping Raya Pelajar B40 UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU, 25 APRIL 2022 – UiTM Cawangan Sabah melalui Unit Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan program Shopping Raya B40 bertempat di 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyantuni pelajar B40 dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi menjayakan program ini, UiTM Cawangan Sabah telah menerima sumbangan wang daripada Qhazanah Sabah Berhad.

Seramai 20 orang pelajar B40 yang terpilih telah diberi peluang untuk membeli barangan keperluan raya seperti baju melayu, baju kurung, tudung, songkok dan kasut. Keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah pelajar-pelajar ini.

Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Datin Dr. Rafidah @ Malissa binti Datuk Hj. Salleh dan juga staf Unit Pentadbiran BHEP bagi membantu kelancaran program ini.