Webinar Antarabangsa (Bersiri) – Albi Naadak, Ya Ramadhan Bersama Yayasan Hayrat Malaysia (Siri 3)

Pada 24 April 2022 yang lalu, The Accountancy Club (TAC) dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam (JPI), UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan WEBINAR ANTARABANGSA (BERSIRI) – ALBI NAADAK, YA RAMADHAN bersama Yayasan Hayrat, Malaysia sempena bulan Ramadhan 1443H ini untuk siri yang ke-3.

Siri ketiga ini telah disampaikan oleh Dr. Cemal Sahin Wakil Yayasan Hayrat di Indonesia dengan topik Ramadhan: Bersederhana Punca Keberkatan melalui platform Google Meet dan Youtube TAC UiTMCSH di pautan https://youtu.be/fKk3K53XKPY.

Di dalam ceramah beliau, Dr. Cemal Sahin membincangkan tentang perbezaan di antara manusia dan haiwan iaitu manusia mempunyai akal, nafsu dan marah, berbeza dengan haiwan yang tidak mempunyai akal. Pertimbangan di antara nafsu dan amarah itulah yang akan digunakan oleh seorang manusia yang berakal dalam membuat sebarang keputusan dan mencari keberkatan.

Terima kasih diucapkan kepada lebih 1,000 penonton di Youtube TAC UiTMCSH. In shaa Allah, Siri ke-4 akan berlangsung pada 1 Mei 2022 melalui platform yang sama dan akan membincangkan tentang meraikan kesyukuran kerana kita telah sampai ke hari terakhir Ramadhan.

JOM BERSAMA MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN DAN MAJLIS ILMU BERSAMA KAMI

✨ Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua.
✨ e-sijil akan diberikan bagi setiap penyertaan.

Kehadiran semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.