Program Saintis Muda 2024 anjuran Program Teknologi Makmal Perubatan UiTMCPP

Program Saintis Muda 2024 anjuran Program Teknologi Makmal Perubatan UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah berjalan dengan jayanya pada 9 Januari 2024. Program yang bersempena dengan International Community Services Collaboration ini melibatkan para pelajar semester 3 Teknologi Makmal Perubatan seramai 66 orang, 10 orang pelajar dari Fakultas Vokasi Universitas Airlangga (Unair) Indonesia, para pensyarah dan juga Clinical Instrutor  (CI) telah berlansung di kompleks Pusat Pendidikan Tahfiz Sains Dan Teknologi Pulau Pinang (PPTSAT), Kepala Batas.

Seramai 240 orang pelajar terdiri daripada 160 pelajar dari sekolah rendah dan 80 orang pelajar sekolah menengah terlibat di dalam program komuniti ini. Program yang berlansung selama 2 jam ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal pengalaman dan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi terutama dalam bidang teknologi makmal perubatan. Program ini juga bertujuan untuk menyokong usaha Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG) 2030 iaitu SDG 3 Good Health and Well-Being dan SDG 4 Quality Education.

 

Program ini bermula dengan ceramah berkaitan dengan Talasemia oleh Ts. Dr. Wan Ismahanisa Ismail diikuti oleh ceramah yang bertajuk kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan manusia’ oleh Dr Mohamad Halim Mohamad Shariff. Juga turut berlansung ialah program Misi Akademik yang mana para pelajar sekolah telah diberi maklumat dan info berkaitan dengan syarat dan proses permohonan ke UiTM. Di samping itu, Misi Akademik ini juga diselitkan sesi perkongsian mengenai lima program diploma yang ditawarkan di Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam, iaitu Diploma Kejururawatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Fisioterapi dan Diploma Pemulihan Cara Kerja.

Selepas itu, para pelajar telah diberi peluang untuk melakukan eksperimen ringkas sambil dibimbing oleh pelajar, pensyarah dan CI daripada UiTM. Sebanyak 10 booth telah dibuka untuk para pelajar melakukan eksperimen secara hands on dan merasai sendiri pengalaman melakukan eksperimen ringkas seperti urine analysis, tile method of blood grouping, Microbiology : thumb print bacteria dan banyak lagi.

Diharapkan dengan program seumpama ini dapat memberi peluang kepada para pelajar UiTM untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka secara praktikal dan memberi satu pengalaman berguna kepada mereka. Selain daripada itu, kolaborasi antarabangsa diantara FSK Kampus Bertam dan universiti luar negara diharapkan dapat berterusan di masa hadapan dengan lebih banyak lagi program komuniti yang akan dijalankan.