Program Pengantarabangsaan Khidmat Masyarakat: Korban dan Wakaf Telaga di Kemboja Siri III

KEMBOJA, 30 Jun 2023 – Program Pengantarabangsaan Khidmat Masyarakat: Korban dan Wakaf Telaga di Kemboja Siri III telah berlangsung pada 30 Jun 2023 hingga 3 Julai 2023 anjuran Persatuan International Business Unity Club (IBUC) dengan kerjasama beberapa kelab dan persatuan lain.

Ia melibatkan pelbagai aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat, termasuk ibadah korban Aidiladha di Kemboja bagi memberikan pendedahan kepada pelajar dan staf tentang kehidupan dan aktiviti masyarakat Islam di serta memberi bantuan kepada masyarakat Islam di sana.

Terdapat 13 sukarelawan dari pelajar dan penasihat persatuan pelajar UiTM Kampus Bandaraya Melaka dalam bentuk sumbangan lembu korban, kambing korban, telaga wakaf, sistem solar, beras, keperluan harian, telekung, Al-Quran, dan kain pelikat dengan nilai sumbangan keseluruhan melebihi RM65,000.00.

Program ini dijalankan di empat lokasi, termasuk pusat Tahfiz Quran Kampong Pare Biah, Kampung Osmaj, Madrasah Tahfiz Al-Iman Pre Pra, Madrasah Tahfiz Darul Quran Rohsah Themer, dan perkampungan atas air.